Berita Terkini

Majlis Ikrar Bebas Rasuah Tenaga Pengajar dan Kakitangan Regent International School Sempena Program Regent Integrity Day With MACC 2022

SUNGAI PETANI, 23 JULAI  – Regent International School merupakan sekolah antarabangsa yang pertama di Malaysia yang menyahut seruan untuk mengadakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta Program Wira Anti Rasuah (WAR) bersama SPRM .

IBR memberi penekanan kepada tenaga pengajar dan kakitangan Regent International School untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab serta menghindarkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.

Majlis IBR ini secara tidak langsung dapat menyemai dan memupuk semangat bekerja di dalam suasana integriti yang tinggi di kalangan warga Regent International School dalam usaha memerangi jenayah rasuah.


Hit : 2755