Berita Terkini

Menteri Besar Incorporated (Mb Inc.) Bekerjasama Dengan SPRM Bagi Program Strategik Antirasuah Dalam Perolehan

IPOH, 19 Julai – Program Strategik Integriti Dalam Perolehan Menteri Besar Incorporated (Perak) (MB Inc.) Siri 5 diteruskan dengan penglibatan seramai 50 orang warga kerja MB Inc.

Sesi Bicara Anti Rasuah yang mengupas isu jenayah, kesalahan, hukuman rasuah di bawah Akta SPRM 2009 serta sesi soal jawab berkaitan rasuah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta yang hadir.

Program turut disertai oleh Encik Abdul Rahman bin Khalid, Pengurus Amanjaya Global MB Inc. dan diakhiri dengan sesi kunjungan ke galeri SPRM Perak dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak.


Hit : 2684