Berita Terkini

Abedeen Academy International And Private School Semai Semangat Integriti Melalui Program WAR

CYBERJAYA, 27 Jun - Program Wira Anti Rasuah (WAR) Abedeen Academy International and Private School telah dipilih sebagai perintis kepada program yang melibatkan pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada pelbagai negara seperti Albania, Somalia, Sri Lanka, Yemen, Brunei dan Indonesia.

 

Majlis perasmian pembukaan dirasmikan oleh PKPj Mohd Nur Lokman Samingan, Ketua Cawangan Universiti Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Menggunakan medium Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah berkenaan, program telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi sekolah. 

 

Pelajar telah disediakan soalan kuiz mengenai rasuah dan mereka diberikan masa selama 1 jam bagi menjawab soalan tersebut dan pemenang akan menerima hadiah yang akan diumumkan kemudian. 


Hit : 3218