Berita Terkini

Pertandingan e-Kuiz WAR Pupuk Semangat Integriti Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan

KELANTAN, 22 Jun - Pertandingan eKuiz Wira Anti Rasuah (WAR) Sekolah Rendah, Siri 2 Tahun 2022 telah berlangsung sebagai salah satu pengisian Program WAR kategori sekolah rendah. Sekolah yang terlibat pada kali ini adalah Sekolah Rendah Pasir Gajah, Kuala Krai, Kelantan.

 

Pertandingan secara dalam talian ini bagi menyokong inisiatif 2.4.6 Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif sekolah bagi memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang adanya agensi penguatkuasa yang tertumpu kepada salahlaku rasuah.

 

Program ini berjaya melibatkan empat (4) orang guru dan sembilan belas (19) orang murid tahap dua (2) yang mendaftar dan seterusnya menyertai eKuiz menggunakan platform Google Form. Soalan-soalan eKuiz digubal berasaskan nilai-nilai murni, etika dan moral yang menjadi amalan seharian.


Hit : 2254