Berita Menarik

4 ditahan kes tuntutan palsu projek RM300 juta

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang pengurus syarikat hartanah kerana disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu bagi projek pembangunan di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga individu yang ditahan adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperunding.

Semua mereka yang berusia antara 28 hingga 48 tahun, ditahan di pejabat SPRM Terengganu manakala seorang lagi di ibu negara sekitar jam 12 tengah hari semalam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan terbabit.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek hingga Rabu depan.

Sumber : Harian Metro

Hit : 1837