Berita Terkini

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Semai Nilai Integriti Kepada Pelajar Sekolah Rendah Melalui Kuiz Pintar Benci Rasuah

GEORGETOWN, 15 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang dengan kerjasama Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang telah mengadakan satu pertandingan Kuiz Pintar Benci Rasuah 2022 bagi peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan seluruh negeri Pulau Pinang.

 

Program julung kali diadakan ini secara atas talian telah berlangsung di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Pertandingan ini berjaya menarik penyertaan seramai 1176 orang murid sekolah rendah dalam negeri Pulau Pinang yang melibatkan lima daerah iaitu Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS), Daerah Barat Daya (BD) dan Daerah Timur Laut (TL).

 

Para pemenang akan memperolehi hadiah menarik berupa wang tunai berserta sijil pencapaian manakala sijil penyertaan akan diberikan kepada murid yang menyertai pertandingan kuiz secara atas talian ini.


Hit : 2424