Berita Terkini

AADK Terengganu Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

BATU RAKIT, 31 Mei – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu telah menzahirkan komitmen dalam usaha-usaha pencegahan rasuah dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada hari ini.


Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Rosland Hussen, Pengarah AADK Terengganu dan disaksikan oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu.

Seramai 50 orang pegawai kanan, pegawai penguatkuasa dan kakitangan AADK hadir dalam majlis ini.

Para peserta juga turut didedahkan dengan sesi ceramah yang bertajuk "Mesej Antirasuah : Tersohor Manusia Kerana Integriti, Tercela Manusia Kerana Rasuah" yang telah disampaikan oleh KPKPs Mohd Hanafi Abd Rahim, Ketua Unit PenMas SPRM Terengganu.


Hit : 2452