Berita Pendidikan

Komuniti Belia Kedah Meriahkan Program Anti Rasuah

ALOR SETAR, 21 Mei – SPRM Kedah telah mengadakan Program Antirasuah serta Santai Raya 2022 dengan kerjasama bersama Pertubuhan Santai Anak Utara bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti Alor Setar, Kedah pada hari ini.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang membuat lawatan ke booth SPRM.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya menyebarluaskan info mengenai rasuah, aktiviti game Kahoot serta Kuiz SPRM yang menguji pengetahuan tentang kesalahan rasuah.

Program ini dapat memberi pendedahan kepada komuniti belia tentang rasuah dan kesalahannya, serta memberi galakan kepada belia untuk melaporkan kesalahn rasuah dan terus berjuang untuk memerangi jenayah rasuah agar hak masyarakat terbela dan dilindungi daripada pelaku rasuah.


Hit : 2497