Berita Pendidikan

Program Bicara Anti Rasuah Dan Kepentingan Perolehan Lembaga Air Perak (LAP) Bersama SPRM

IPOH, 19 Mei – SPRM Negeri Perak dengan kerjasama Lembaga Air Perak (LAP) telah mengadakan Bicara Anti Rasuah dan Kepentingan Perolehan bersama dengan 35 orang  pegawai dan kakitangan yang menjadi tulang belakang kepada organisasi berkenaan. 

 

Dalam program berkenaan, satu taklimat berkaitan anti rasuah disampaikan oleh PKPs Zamri Hj. Darus dari Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Perak yang menyentuh isu integriti dalam perolehan dan kesalahan-kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

 

Program bicara ini dilaksanakan antaranya sebagai salah satu usaha dalam memastikan kumpulan sasar (stakeholder) sentiasa memperolehi maklumat terkini dan mendapat pencerahan yang sewajarnya berkaitan anti rasuah.


Hit : 2857