Berita Terkini

Lawatan Pelajar Latihan Industri Pusat Perubatan UKM ke Ibu Pejabat SPRM

PUTRAJAYA, 18 Mei - Seramai 9 orang pelajar latihan industri dari Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM), Pusat Perubatan UKM berkunjung ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Peserta telah diberikan taklimat berkaitan keselamatan, bilik rakaman video (VIR), bilik kawad cam dan lokap daripada pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM.

Lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian pencegahan rasuah bertajuk 'Rasuah atau Maruah?' dan diakhiri dengan sesi soal jawab oleh KPKPs Muhamad Mustari  Mustapah.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah penyelia pelajar, Tuan Mohd Rizam Abdul Rahman, Pegawai Pembangunan Masyarakat & Penyelaras Latihan Industri.


Hit : 3000