Berita Pendidikan

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Terap Nilai Integriti Dalam Kalangan Warga Kerjanya Melalui Lafaz IBR

ALOR SETAR, 16 Mei - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyahut seruan SPRM dengan mengadakan ceramah Anti Rasuah dan majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bagi menunjukkan sokongan yang padu atas usaha SPRM dalam menangani gejala rasuah dan memupuk nilai integriti di kalangan warga kerjanya. Majlis ini diadakan di Kompleks Ibu Pejabat KEDA, Kedah hari ini.

 

Lafaz IBR diketuai oleh Tuan Haji Kamarudin Abd Akib, Pengurus Besar KEDA dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah. Majlis yang diadakan secara dalam talian juga melibatkan kakitangan di Pejabat Bahagian Pembangunan Usahawan, Kolej KEDA dan Pejabat-pejabat Pembangunan Zon.

 

Tuan Haji Kamarudin Abd Akib menyatakan majlis IBR ini merupakan satu langkah pencegahan bagi mengelakkan kakitangan KEDA terjebak dengan jenayah rasuah. Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa inisiatif sentiasa dilaksanakan oleh pihak pengurusan seperti pelancaran buku Kod Etika dan Tatakelakuan KEDA, Polisi Tolak Hadiah dan Kempen Mata Pena Integriti serta beberapa aktiviti lain untuk memastikan semua kakitangannya mengamalkan ketelusan dan integriti sepanjang bergelar penjawat awam.


Hit : 2004