Berita Menarik

Pegawai bomba direman rasuah bantu dapat lesen berniaga

SHAH ALAM – Seorang pegawai bomba di Selangor direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah RM3,000 bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan lesen perniagaan dari sebuah pihak berkuasa tempatan, tahun lalu.

Perintah reman bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek diberkas pada pukul 2 petang selepas hadir di Pejabat SPRM Selangor di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menerima rasuah RM3,000 daripada sebuah syarikat pada Disember lalu.

“Suapan itu sebagai balasan untuk mendapatkan sokongan bomba bagi membolehkan syarikat berkenaan memperoleh lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Klang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sumber : KOSMO! ONLINE


Hit : 1504