Berita Pendidikan

Program Sesi Dialog Bersama YB ADUN Beserah

KUANTAN, 25 Apr – SPRM Pahang dengan kerjasama YARM Pahang bersama-sama Majlis Belia Pahang, Wakil Ketua Kampung, Youtuber Uncle Apek dan Pemimpin Mahasiswa MAMPAN telah menggadakan Program Sesi Dialog Bersama YB ADUN Beserah, Kuantan bertempat di Pejabat ADUN Kawasan Beserah pada hari ini.

Sesi dialong yang diadakan antara Tuan Haji Andarsura Rabu, YB Adun Beserah bersama  KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim, Pengarah SPRM Pahang telah membincangkan langkah-langkah terbaik yang boleh dilaksanakan supaya dapat meningkatkan kredibiliti pentadbiran dan perkhidmatan ADUN serta integriti dalam sistem politik. 

Turut diadakan adalah Program Sejabir Prihatin Ramadan 2022. Pengarah SPRM Pahang bersama-sama YB ADUN Beserah menyantuni rakyat dengan  menyerahkan bantuan makanan asas kepada golongan asnaf.

Hit : 2584