Berita Terkini

Program Semarak Integriti, Jenayah Rasuah Di Perangi Beri Kesedaran Integriti Dikalangan Warga Sukan

GEORGETOWN,  24 Mac –  Program Semarak Integriti, Jenayah Rasuah di Perangi dengan kerjasama Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Auditorium A, Bangunan KOMTAR. Program yang julung kali dilaksanakan ini bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada warga sukan supaya mengamalkan integriti dalam kerja seharian,

 

Seramai 47 persatuan sukan negeri Pulau Pinang melibatkan pengerusi, bendahari dan unit kewangan dan perolehan MAKSAK turut serta dalam pertandingan yang berlangsung selama tiga jam ini.

 

Encik Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak SPRM Pulau Pinang kerana meluangkan masa bersama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan berhubung jenayah rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan kepada semua persatuan sukan dalam negeri Pulau Pinang.

 

Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan serta memberikan suatu hubungan kerjasama yang baharu diantara SPRM Pulau Pinang, MAKSAK dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.


Hit : 2621