Berita Terkini

Program Back To School Dan Pertandingan Mewarna Wira Anti Rasuah Serap Nilai Integriti Di peringkat Kanak-Kanak

DUNGUN, 25 Jan - SPRM Terengganu dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Dungun dan KRT Taman Rakyat Jaya telah mengadakan Program Back to School dan Pertandingan Mewarna Wira Anti Rasuah (WAR) kanak-kanak Kelas Tabika Perpaduan (KTP) Daerah Dungun yang berlangsung di KRT Taman Rakyat Jaya, Dungun, Terengganu. 

 

Objektif program ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan nilai-nilai integriti seterusnya menanamkan sifat membenci rasuah di dalam diri mereka. Melalui program ini juga, mesej pencegahan rasuah kepada warga pendidik, ibu bapa serta masyarakat setempat dapat disebarkan. 

 

KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu telah merasmikan program ini dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan mewarna. Acara pertandingan mewarna ini disertai seramai 51 orang kanak-kanak.


Hit : 2427