Berita Menarik

SPRM tahan reman bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengarah penguat kuasa agensi kerajaan direman tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor.

Perintah reman sehingga 30 Januari itu dikeluarkan Majistret Nadia Othman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan tersebut pagi ini.

Tertuduh disyaki meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada syarikat kontraktor berkenaan bagi membantu mendapatkan tender kontrak kerja-kerja pembersihan bernilai RM3.1 juta di utara tanah air.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira pada pukul 2 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Tertuduh dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan dari Julai 2019 sehingga Mac tahun lalu daripada syarikat kontraktor dalam membantu mendapatkan tender Penswastaan Pengumpulan Sisa Pepejal dan Pengurusan Pembersihan Awam di Wilayah Utara.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Sumber : Utusan 

Hit : 1777