Berita Terkini

SPRM Terengganu Cungkil Kreativiti Bersama Penyampai Radio Terengganu FM

KUALA TERENGGANU, 24 Okt – SPRM Terengganu bersama-sama Jabatan Penyiaran Terengganu berjaya mencungkil kreativiti dalam berpantun dalam Rancangan Pantun Ria bertempat di Dewan Seminar, Kompleks SPRM Terengganu.

Setiap pemantun telah menyelitkan mesej berkaitan pencegahan rasuah melalui pantun mereka, sekaligus menjadikan acara pantun pada kali ini sebagai medium baru penyebaran mesej pencegahan rasuah di Negeri Terengganu.

Pemantun yang terlibat ialah KPKPs Mohd Hanafi Abd Rahim, PPs Norhidayah Md Nor dan En Syahril Ngah mewakili SPRM Terengganu, manakala Terengganu FM diwakili oleh DJ Ain, DJ Effi dan Dj Azza

Turut hadir sama menyaksikan rakaman ini ialah PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu dan En. Fadly Ismail, pemangku Pengarah RTM Terengganu.


Hit : 2320