Berita Terkini

Forum Jihad Memerangi Rasuah Raih Sambutan Hebat di Kalangan Penonton

PUTRAJAYA, 22 Okt -  Kerjasama strategik antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) dan SPRM diteruskan lagi dengan Forum Jihad Memerangi Rasuah bersama Agamawan yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi zoom dan dipancarkan melalui facebook JAKIM dan SPRM Community.

Program ini dirasmikan oleh YB Senator Tuan Haji Idris bin Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dua orang panel yang berpengalaman ditampilkan dalam mengupas tajuk ini ialah TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Program ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Agama Negeri, mufti-mufti negeri dan pengurusan tertinggi Agensi dibawah YB Menteri.


Hit : 2324