Berita Terkini

Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Integriti TNB ke atas Pengarah SPRM Kelantan

KOTA BHARU, 21 Okt – KPKPj  Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan menyambut mesra kunjungan hormat daripada Encik P. Kalivann Palanivelu, Ketua Pegawai Integriti TNB Malaysia di Pejabat SPRM Kelantan hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik serta meningkatkan persefahaman dalam merangka strategi kerjasama bidang integriti dalam usaha meningkatkan pemantapan integriti pegawai dan tadbir urus organisasi.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Mustaphakamal Yaacob, Pengurus Besar TNB (Kelantan & Terengganu), PPj Azizi bin Abdul Latif, Timbalan Pengarah Pencegahan serta pegawai-pegawai SPRM.


Hit : 2461