Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Kedah Terima Kunjungan Hormat Pegawai Khas Kanan Presiden Kelab Menembak Darulaman

KEDAH, 26 Sept – TPj Dato Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Ahmad Shah Haji Hassan, Pegawai Khas Kanan Presiden Kelab Menembak Darulaman pada hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik dalam program-program pencegahan rasuah untuk masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sjn (b) Rosley Md Noor, Pegawai Pelesenan Senjata KMD serta PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah.


Hit : 4131