Berita Terkini

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Sebar Mesej Antirasuah Melalui Kunjungan Hormat Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

NEGERI SEMBILAN, 20 Sept – P/KPKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di pejabat YB Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pagi ini.

YB Dato' Dr. Razali Ab Malik menyatakan kesediaan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk sentiasa memberi kerjasama kepada pihak SPRM Negeri Sembilan dalam memberi kesedaran rasuah kepada penjawat awam di bawah Kerajaan Negeri. 

Kerajaan Negeri juga amat memandang serius terhadap salah laku yang boleh diambil tindakan tatatertib dengan mengambil inisiatif untuk mengkaji laporan audit terhadap agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri.

Selain itu, usaha turut dibuat bagi memperbaiki kelemahan tadbir urus, sistem dan proses kerja bagi menutup ruang dan peluang rasuah dan pelanggaran tatatertib melalui pemantauan yang dijalankan dalam Pelan Anti Rasuah Negeri Sembilan (ANTS).


Hit : 5980