Berita Terkini

Hari Integriti Majlis Daerah Marang Bersama SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 19 Sep - SPRM Terengganu berkolaborasi bersama Majlis Daerah Marang (MDM) menjayakan Hari Integriti Majlis Daerah Marang (MDM) bertemakan 'Kecemerlangan PBT Berteraskan Integriti' hari ini. 

Objektif program ini adalah bagi memantapkan integriti warga MDM serta menolak sebarang perlakuan rasuah, penyelewangan dan salahguna kuasa. 

KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu dalam ucapannya mengajak warga MDM agar dekat dengan SPRM dan tidak segan atau takut untuk melaporkan sebarang tawaran rasuah daripada mana-mana pihak. 

Melalui program ini diselitkan dua slot ceramah yang disampaikan oleh PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu bertajuk "Peranan PBT Dalam Memerangi Rasuah dan seterusnya oleh Mohd Firdaus Ramlan, Penceramah Bebas dengan tajuk "Tumbuk Rusuk: Pengkisahan dari Tirai Besi". 


Hit : 2797