Berita Pendidikan

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Jalin Kerjasama Strategik Melalui Kunjungan Hormat

KANGAR, 17 Sept – PKPj Suzeliyana Hashim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menerima kunjungan hormat daripada Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP di Pejabat SPRM Perlis pagi ini. 

Kunjungan selama satu jam ini membincangkan pelbagai isu antaranya isu-isu berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Selain itu, turut diketengahkan berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009, keahlian AMAR, Kursus Integriti dan Anti Rasuah (KIAR).

SPRM dan UniMAP turut menjalinkan satu rangkaian kerjasama strategik yang lebih erat dalam usaha memerangi rasuah dan sebagai platform bagi kedua-dua pihak untuk menyebar luas amalan baik secara berterusan dalam organisasi masing-masing.


Hit : 2464