Berita Terkini

JKKN Selangor Mengadakan Kunjungan Hormat Kepada SPRM Selangor Dalam Usaha Berterusan Memperkasakan Pencegahan Rasuah Melalui Seni Dan Budaya

SHAH ALAM, 26 Ogos – YBhg. Dato' Haji Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor menerima kunjungan hormat daripada Encik Mohamad Raizuli Mat Jusoh, Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Selangor di Pejabat Pengarah SPRM Selangor hari ini.

Kunjungan ini bertujuan bagi melaksanakan cadangan aktiviti dan program pencegahan rasuah yang hendak dijalankan sebelum ini telah diperhalusi demi memastikan kelancaran program yang dirancang dapat memberikan impak yang berkesan kepada masyarakat khususnya dalam situasi negara yang masih dilanda Covid-19.

Selain itu, pendekatan untuk melaksanakan aktiviti pencegahan rasuah melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian turut ditekankan bagi menarik minat dan mendapat sokongan masyarakat pelbagai latar belakang agar mesej pencegahan rasuah dapat disampaikan dengan lebih efektif dan kreatif. 
Hit : 2213