Berita Pendidikan

Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Bersubsidi 1kg Polybag (Repackers) Johor Sahut Seruan Basmi Rasuah Melalui Lafaz IBR

JOHOR BAHRU, 17 Ogos – KPDNHEP Negeri Johor bersama Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Bersubsidi 1kg Polybag (Repackers) Johor telah mengambil inisiatif menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama SPRM Johor secara atas talian hari ini.

Majlis melafaz Ikrar dan menandatangani IBR ini diketuai oleh Encik Mohd Hairul Anuar Bohro, Pengarah Pejabat KPDNHEP Johor dan disaksikan oleh Ps Subahar a/l Subramaniam, SPRM Johor.

Penyertaan seramai hampir 40 orang terdiri daripada Ketua jabatan, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai kanan KPDNHEP Negeri Johor serta wakil Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Bersubsidi 1kg Polybag (Repackers) Johor itu merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen berterusan untuk menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah.


Hit : 2183