Berita Pendidikan

LADA Sambut Baik Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) 2021

ALOR SETAR, 17 Ogos – Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah Kedah (GEMPARK) 2021 telah diadakan bersama warga kerja Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Kedah. Kempen yang dilaksanakan melalui atas talian ini dihadiri seramai 82 orang pegawai dan kakitangan LADA serta Ketua Pegawai Eksekutif dari Syarikat GLC di bawah LADA.

Satu taklimat menyentuh perihal integriti dalam kalangan penjawat awam, kesalahan-kesalahan rasuah, pengiktirafan kepada penjawat awam, hukuman rasuah serta saluran untuk melaporkan rasuah telah disampaikan oleh Ps Izham Ibrahim, Ketua Cawangan SPRM Langkawi, Kedah.

Kempen ini disambut baik oleh warga LADA, Kedah dalam memastikan objektif utama kempen iaitu memberi peringatan kepada penjawat awam agar menolak rasuah dan melaporkan perbuatan tersebut kepada SPRM adalah tercapai. 


Hit : 1135