Berita Terkini

SPRM Sarawak Anjur Forum Bersama PBT Bertema Kebersamaan Ke Arah Kecemerlangan Integriti Dan Tadbir Urus

KUCHING, 27 Julai - SPRM Sarawak bersama-sama Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak (MLGH), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengadakan Forum Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membawa Tema Berjudul “Kebersamaan Ke Arah Kecemerlangan Integriti Dan Tadbir Urus”  menerusi FB Live dan Aplikasi Zoom pada hari ini.

Objektif program ini adalah menggalakkan  kerjasama dan hubungan erat daripada PBT Sarawak dalam usaha untuk mencegah dan membendung jenayah rasuah serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai fungsi dan bidang tugas PBT.

Antara ahli-ahli panel forum tersebut adalah terdiri daripada KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak; Datu Antonio Kahti Galis, Setiausaha Tetap MLGH, Ir. Lo Khere Chiang, Pengerusi MPP dan Dato’ Peter Minos, Pengerusi MPKS.

Hit : 2929