Berita Terkini

SPRM Suntik Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah

PUTRAJAYA, 17 Jun – Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan program Webinar Integriti Dalam Kampus: Suara Mahasiswa Memerangi Rasuah menggunakan platform Streamyard pada hari ini.

Antara isu-isu yang dibincangkan adalah peranan SPRM dalam pencegahan rasuah di Malaysia, peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam usaha pencegahan rasuah di kampus dan kesalahan-kesalahan.

Webinar ini bersiaran di media sosial AMAR UKM dengan seramai 255 orang penonton. KPKPj Mohamad Tarmize Abd Manaf, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakt dan Tan Ray Ming, Naib Yang Dipertua, Kesatuan Mahasiswa UKM telah dijemput sebagai panel untuk Webinar ini.


Hit : 2872