Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Perak Kepada EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam

IPOH, 16 Jun – TPj Datuk Hj Mohd Fauzi Hj Mohamad, Pengarah SPRM Perak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Hj. Mohd Zolkafly Harun, Adun Lintang merangkap EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Negeri Perak hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat serta menyebarluaskan mesej-mesej pencegahan rasuah dikalangan ahli politik, pegawai khas dan warga kerja Pejabat Exco Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam Negeri Perak.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PKPj Jaafar Tajudin, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perak.


Hit : 3379