Berita Menarik

Guru besar ditahan salah guna kuasa

SHAH ALAM: Guru besar di sebuah sekolah kebangsaan ditahan bagi membantu siasatan mengeluarkan wang bantuan zakat untuk anak-anak asnaf untuk kepentingan dirinya dua tahun lalu.

Suspek berusia 50-an itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 4 petang tadi dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk permohonan reman.

Menurut sumber, suspek telah menggunakan kedudukannya dengan mempengaruhi pihak pengurusan Badan Kebajikan Guru-Pekerja (BKGP) sekolah tersebut bagi mengeluarkan wang sumbangan zakat daripada sebuah bank berjumlah kira-kira RM70,000 untuk bantuan anak-anak asnaf.

“Bagaimanapun, suspek yang kini bertugas di sebuah sekolah kebangsaan berlainan menggunakan wang yang dikeluarkan itu untuk kegunaan dirinya sendiri.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kesalahan tersebut disiasat dibawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Sumber : Utusan


Hit : 2264