Berita Pendidikan

Ramadan Tour SPRM Melaka Bersama Rakan Strategik

MELAKA, 8 Mei – SPRM Negeri Melaka bersama rakan strategik iaitu Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Syarikat Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd telah melaksanakan satu program kemasyarakatan iaitu Program Masih Ada Yang Sayang.

Program ini bertujuan menyantuni anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik.

Kolaborasi ini dilihat mampu memberi sedikit sinar kepada penerima-penerima sumbangan dan ianya menjadi program pertama di mana setiap dari rakan strategik menyatakan komitmen untuk meneruskan lagi kerjasama ini khususnya menyebarluaskan mesej pendidikan anti rasuah dan pemantapan integriti.

Hit : 2976