Berita Terkini

Syarikat Shapadu Corporation Sdn Bhd Komited Perangi Rasuah Dengan Lafaz IBR

KUALA LUMPUR, 6 Apr -  Kumpulan Shapadu Corporation Sdn Bhd komited untuk bersama-sama SPRM dengan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diadakan di Dewan Bunga Raya, The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur hari ini.

Lafaz IBR diketuai oleh Encik Mohd Amin Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Shapadu dan disaksikan oleh TPj Datuk Razim Mohd Noor, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM.

Peserta juga didedahkan dengan ceramah bertajuk Memerangi Rasuah Dalam Organisasi yang sampaikan oleh Tuan Jayantha Kumar Sen Gupta, dari Cawangan Swasta dan Agensi berkaitan Kerajaan(GLC), Bahagian PenMas. 

Seramai 200 orang warga kerja Shapadu hadir pada majlis ini.


Hit : 2756