Berita Pendidikan

Majlis Pelancaran Katalog Perundangan Negeri Melaka & Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka

MELAKA, 19 Mac – Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang melancarkan ‘Katalog Perundangan Negeri Melaka’ hasil kerjasama Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dan Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Katalog ini selaras dengan objektif pemantapan integriti dengan menerapkan konsep ketelusan dan mengurangkan karenah birokrasi yang melibatkan undang-undang yang tidak lagi relevan dan boleh membuka ruang dan peluang kepada jenayah rasuah.

Pada kesempatan ini juga, Pejabat Penasihat Undang-Undang Melaka melahirkan sokongan kepada dasar-dasar pencegahan jenayah rasuah dalam sistem perundangan dengan menzahirkan ikrar bebas rasuah (IBR). 

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka dihadiri bersama YB Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YBhg. Dato' Abdul Latif Hj Abu Seman, Ketua Pengarah MPC dan PKPj Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, Pengarah SPRM Melaka.


Hit : 2543