Berita Pendidikan

Politeknik Jeli Kelantan Zahirkan Sokongan Cegah Rasuah Melalui Lafaz IBR

KELANTAN, 17 Mac - Termeterai satu lafaz dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga Politeknik Jeli Kelantan (PJK) dalam program gilang gemilang bersempena Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Bulanan PJK yang diadakan di Dewan Lanas Perdana PJK hari ini.

Seramai 123 warga kerja PJK menandatangani dan melafaz IBR yang diketuai oleh Tuan Hj Ulaimi Yahya, Pengarah PJK dan disaksikan oleh KPKPj Rosli Husain, Pengarah SPRM Kelantan.

Majlis diteruskan dengan menandatangani dan penyerahan sijil IBR dan diakhiri dengan sesi bergambar. Majlis ini berlansung dengan penuh pematuhan SOP yang ketat dan penjarakan fizikal serta pemakaian penutup muka. 


Hit : 2780