Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Sarawak Bantu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sarawak Membenteras Jenayah Rasuah Melalui Kunjungan Hormat

KUCHING, 17 Mac – KPKPj Mohd Zaki Hassan, Pengarah SPRM Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Encik Khirudin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak, di sini hari ini. 

Dalam kunjungan ini, mereka telah dibincangkan beberapa perkara berkaitan fungsi dan bidang tugas kedua-dua agensi. Selain itu, turut dibincangkan hal berkaitan program-program pencegahan yang akan dilaksanakan secara bersama.

Encik Khirudin menzahirkan komitmen untuk bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada SPRM dalam hala tuju memartabatkan usaha pembanterasan jenayah rasuah serta membudayakan nilai-nilai integriti di kalangan warga kerjanya.


Hit : 3284