Jalinan Strategik SPRM Terengganu dengan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Perkasakan Integriti
KUALA TERENGGANU, 22 Feb - Pihak Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur (ABPM WT) jalin langkah strategik bersama SPRM Terengganu untuk seiringan dalam memperkasakan integriti kepada warga Bomba dan Penyelamat Malaysia hari ini.
ABPM WT sebagai pusat latihan yang melahirkan pegawai dan anggota Bomba dilihat mampu dijadikan sebagai pusat kecemerlangan dalam memperkasakan integriti kepada pelatih-pelatih kursus kebombaan.
PKPj Sofian Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) mengadakan lawatan kerja ke ABPM WT. Pertemuan ini bagi merealisasikan perlaksanaan Program Hari Integriti ABPM dan Program Pemerkasaan Integriti Kursus Sijil Sains Kebombaan.
Di samping itu, pihak ABPM WT akan berkerjasama dengan SPRM Terengganu untuk membangunkan Modul Sistem Kecemerlangan Akauntabiliti dan Integriti (SKAI) 2.0 yang akan menjadi program perintis ke ABPM seluruh Malaysia.