Berita Pendidikan

Pegawai Integriti JPJ Jalin Kerjasama Bersama SPRM Negeri Johor Melalui Kunjungan Hormat

JOHOR, 21 Feb - SPRM Negeri Johor menerima kunjungan hormat daripada PKPj Mohd Sharil Che Saad, Pegawai Integriti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini.

Kunjungan hormat ini disambut mesra oleh KPKPj Jamaluddin Puteh, Timbalan Pengarah Operasi dan PKPj Tuan Sheikh Hamadi Hj. Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Pencegahan.

PKPj Mohd Sharil Che Saad menyatakan kesediaan pihaknya menawarkan apa sahaja bantuan kepada pihak SPRM bagi menyalurkan data dan maklumat lengkap yang diperlukan semasa siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM. Beliau juga berjanji memberikan kerjasama sepenuhnya apabila diperlukan bagi memastikan matlamat pihak pengurusan tertinggi SPRM tercapai.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengukuhkan dan meneruskan kerjasama yang sedia terjalin. Kerjasama seumpama ini adalah wajar diteruskan bagi memastikan kedua-dua belah pihak dapat saling membantu antara satu sama lain dan menyumbang kepada kepentingan agensi masing-masing. 


Hit : 2325