Berita Menarik

CEO restoran terkemuka ditahan SPRM

Eksekutif (CEO) dan seorang pengarah syarikat kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor yang melaksanakan projek pengubahsuaian rangkaian restoran terkenal di Malaysia. Kedua-dua suspek berusia 60 tahun dan 37 tahun ditahan SPRM petang semalam di sekitar Kuala Lumpur. Sumber berkata, CEO terbabit adalah rakyat Hong Kong dan mempunyai taraf pemastautin tetap Singapura. Menurutnya, siasatan SPRM mendapati dalam proses melantik kontraktor bagi projek mengubahsuai enam rangkaian restoran di beberapa negeri, CEO terbabit dikatakan mengarahkan setiap kontraktor memberikan komisyen sebanyak 15 peratus daripada harga kontrak.
"Semua pembayaran rasuah kemudian dimasukkan ke dalam akaun syarikat lain milik seorang pengarah syarikat yang turut ditahan SPRM.
"Kedua-duanya sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan diluluskan permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama lima hari," katanya.
Sementara itu. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan dilakukan mengikut seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Sumber : Harian Metro
Hit : 2060