Berita Terkini

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang Jalin Kerjasama Bersama SPRM Pulau Pinang Melalui Kunjungan Hormat

GEORGE TOWN, 27 Julai – Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, ACP Liong Sau Lai mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah SPRM Pulau Pinang KPKPj Puan Lim Bee Kean di Kompleks SPRM Pulau Pinang pagi ini.

Sesi perjumpaan dimulakan dengan perbincangan bagi mengadakan kerjasama antara PDRM dan SPRM iaitu Operasi Bersama bagi mendapatkan maklumbalas dari SPRM berhubung status anggota atau pegawai PDRM yang telah ditahan oleh pihak SPRM.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam tersebut juga dibincangkan berkaitan kerjasama strategik dalam program pencegahan rasuah dan juga tugas-tugas pengkuatkuasaan PDRM dan SPRM.

Turut hadir pada sesi pertemuan ini iaitu ASP Yuzilawati, ASP Emmi Shah dan Inspektor Julaiha dari PDRM. Manakala SPRM Pulau Pinang di hadiri oleh P/KPKPj Mohd Shukor Mahmud, Timbalan Pengarah Operasi, PKPj Chin Chen Huat, Timbalan Pengarah Pencegahan dan P/PPj Rashidi Baharon.

Hit : 4917