Berita Terkini

Kunjungan Hormat Pengarah SPRM Negeri Sabah Kepada Pengarah JHEAINS

KOTA KINABALU, 5 Ogos – TPj Karunanithy a/l Y.Subbiah, Pengarah SPRM Sabah telah membuat kunjungan hormat kepada Datuk Haji Saifulzaman @ Setibin Sangul, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) pada hari ini.

JHEAINS menyambut baik cadangan untuk bekerjasama dengan pihak SPRM bagi melaksanakan program- program yang khususnya melibatkan ahli jawatankuasa masjid dan juga Pegawai Tadbir Agama JHEAINS di seluruh Negeri Sabah.

Persepakatan bagi menganjurkan program pencegahan rasuah bersama antara JHEAINS dan SPRM Sabah ke atas pengimarahan 1040 masjid di seluruh Negeri Sabah telah dicapai.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah PKPj Awang Samsul Baharam Bungso, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Sabah; PPj Aini Awang Muda, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Sabah serta Ustaz Haji Nordin Lossin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan.

Hit : 1694