Berita Pendidikan

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Ke Pengarah SPRM Terengganu

KUALA TERENGGANU, 15 Dis - KPKPj Ruslan Che Amad, Pengarah SPRM Terengganu berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Tuan Salim Ab Ghani, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Antara perkara yang dibincangkan adalah hal berkaitan dengan isu-isu semasa dan program-program pencegahan yang boleh dilaksanakan secara bersama pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Terengganu; Puan Siti Raha Ramadan Hussein, Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti JPNT dan Muhammad Syafiq Safiain, Penolong Pengarah Kanan Sektor Integriti JPNT.

Hit : 3290