Berita Pendidikan

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Dekati Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Simpang Durian

NEGERI SEMBILAN, 5 Jan- KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan turun padang dalam sesi ramah mesra bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Simpang Durian bertempat di Dewan Serbaguna Restoran Faez Tom Yam, Simpang Durian, Negeri Sembilan.

Peserta didedahkan dengan maklumat undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa bagi mengingatkan penduduk agar menjauhi rasuah.

Program diisi dengan dialog antara KPKPj Mohamad Zakkuan bersama tetamu yang hadir serta beberapa isu telah dibincangkan dan diambil perhatian selain soal jawab dan penerangan berhubung kesalahan-kesalahan rasuah yang berlaku dalam komuniti.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PPj Yasmin Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan); KPKPs Zamruddin Muhidin, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat serta Encik Lee Song Sin, Ahli Majlis Daerah Jelebu, Pengerusi KRT Pekan Simpang Durian serta ahli-ahli KRT Pekan Simpang Durian.

 

Hit : 3149