Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalu-alukan kerjasama anda untuk memberi maklum balas/ cadangan/ pertanyaan berkenaan perkhidmatan kami.

Senarai yang dipaparkan ini adalah maklum balas/ cadangan/ pertanyaan orang awam yang telah dikemukakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.

Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan yang telah diambil tindakan akan dipaparkan di ruangan ini.

 

 

 TARIKH  E-MEL

 PERKARA

(Maklum balas/Pertanyaan/Aduan/Cadangan)

 MAKLUM BALAS AGENSI
29 Januari 2019 munie995@gmail.com 

Saya ada memohon jawatan pegawai siasatan dan CGPA saya 3.39 tetapi saya tidak terpilih untuk menjalani ujian fizikal.

Manakala kawan saya mendapat CGPA bawah daripada saya mendapat panggilan ujian fizikal. Adakah kelayakan saya tidak memenuhi spesifikasi SPRM?
Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk berkhidmat dengan Suruhanjaya ini.

Untuk makluman tuan/puan, segala urusan pengambilan dilaksanakan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik.

Pertimbangan untuk urusan selanjutnya perlu mengambil kira bidang pengkhususan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak SPRM.

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh menghubungi pihak SPA di talian 03-8885 6000 atau merujuk laman sesawang SPA iaitu http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/diploma2/2051 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelayakan lantikan serta deskripsi tugas bagi jawatan Pegawai Siasatan Gred P41.

2 April 2019 wcchuie@rocketmail.com Tuan, Saya ingin tahu cara untuk menyertai sahabat gerah. Terima kasih

Terlebih dahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengucapkan terima kasih dia atas minat tuan/puan untuk menjadi ahli Sahabat GERAH.

Untuk makluman tuan/puan, pada masa ini permohonan secara atas talian (online) untuk menjadi Sahabat GERAH telah ditutup buat sementara waktu.

Perkara ini adalah disebabkan oleh Sistem Pengkalan Data Sahabat GERAH dalam proses penyelenggaraan.

Permohonan secara atas talian akan dibuka semula selepas kerja-kerja penyelengaraan selesai.

Oleh yang demikian, tuan/puan boleh menghubungi pihak Urusetia Sahabat Gerah di talian 03-88911500 atau melalui emel sahabat.gerah@sprm.gov.my

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
41
Semalam
48
Minggu Ini
293
Bulan Ini
1048

Keseluruhan
3418518