Perkhidmatan Dalam Talian

Open Public Access Catologing (OPAC MACA) - KOHA MACA

Seiring dengan perkembangan perpustakaan masa kini yang menuju ke era digital, Perpustakaan MACA turut mengambil langkah untuk mengimplementasikan sistem perpustakaan (KOHA) di perpustakaan untuk menjalankan kerja-kerja perolehan, pengkatalogan, pengkelasan, perkhidmatan pencarian bahan atas talian (OPAC), transaksi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan. Perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan seperti rujukan, pinjaman, pencarian maklumat dan khidmat pelanggan.

Perpustakaan MACA mempunyai koleksi perpustakaan meliputi pelbagai kategori, seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, laporan, kajian, keratan akhbar dan foto. Sehingga kini mempunyai koleksi berjumlah melebihi tiga ribu judul bahan mengenai rasuah, integriti, akauntabiliti dan pengurusan sama ada tempatan atau luar negara.

Portal Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC)

Portal Tempahan Fasiliti Kerajaan (MyTC) adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau Nation Blue Ocean Drategy (NBOS). Projek MyTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimumkan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, ia juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.

Portal MyTC adalah merupakan gerbang (gateway) elektronik yang memberi maklumat kursus dan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut-institut Latihan Awam. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Portal ini juga menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian.

Hit : 11441
 

PAUTAN