Kumpulan Sasaran

Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia mensasarkan latihan dan program pencegahan rasuah kepada para peserta dari dalam negara dan di luar negara. Penglibatan 4 kumpulan sasaran ini mencerminkan peranan MACA sebagai institusi latihan khusus dalam pencegahan rasuah. 4 kumpulan sasaran MACA tersebut adalah:

  • Pegawai dan Kakitangan SPRM:MACA adalah entiti di bawah SPRM yang bertanggung jawab untuk menyediakan latihan yang mencukupi kepada semua Pegawai dan kakitangan SPRM dalam meningkatkan keupayaan diri dalam melaksanakan tugas dengan cekap dan profesional. Bidang-bidang latihan yang ditawarkan merangkumi ‘core business’ SPRM secara komprehensif serta bidang-bidang lain seperti pengurusan, keselamatan dan seumpananya;
  • Jabatan / Agensi Kerajaan dan Agensi Penguatkuasaan Tempatan: Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan “Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia”, MACA menawarkan program latihan untuk agensi kerajaan khusus dalam bidang pencegahan rasuah. Program-program yang disediakan adalah berkualiti dan berupaya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran;
  • Sektor Swasta: MACA menyediakan platform kepada sektor swasta seperti Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan badan-badan korporat dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang pencegahan rasuah, integriti dan tadbri urus terbaik;
  • Peserta Dari Organisasi Antarabangsa dan Agensi Penguatkuasaan Antarabangsa: MACA mengorak langkah menuju ke arena global dalam bidang latihan pencegahan rasuah di mana MACA menawarkan program-program latihan yang berkualiti khusus untuk peserta luar negara dari pelbagai organisasi dan agensi penguatkuasaan. Semua program latihan yang ditawarkan menepati kehendak semasa selaras dengan undang-undang dan amalan terbaik. Program latihan juga boleh direkabentuk mengikut keperluan di peringkat antarabangsa.


Hit : 8659
 

PAUTAN