Pusat Informasi Hadiah

Bagi menjawab semua pertanyaan mengenai hadiah dan kemusykilan yang timbul daripada mana-mana pihak dan orang perseorangan yang berhadapan dengan isu pemberian dan penerimaan hadiah sama ada boleh diterima atau tidak dan sama ada menjadi satu kesalahan rasuah ataupun tidak.

Bahagian ini dalam memberi nasihat dan pandangan berpandukan kepada Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam , Tatacara Pemberian Dan Penerimaan Hadiah dalam Perkhidmatan Awam, Ceraian UP 7.2.2, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, peruntukan-peruntukan tertentu di bawah akta kerajaan negeri, agensi kerajaan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah agensi awam dan swasta yang berkenaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan atau masalah mengenai perkara ini, sila berhubung terus dengan Pusat Informasi Hadiah melalui email hadiah@sprm.gov.my atau di talian telefon seperti berikut:

Bil. Nama  No. Telefon 
 1. PsK Yip Ai Tsin 03-8891 1345
 2. PsK Sorfina 'Izzati binti Mohd Said 03-8891 1340
Hit : 4959