Liabiliti Korporat

Liabiliti Korporat

Seksyen 17A Akta SPRM 2009 adalah satu peruntukan yang menetapkan prinsip liabiliti korporat yang mana organisasi komersil adalah melakukan suatu kesalahan jika mana-mana pekerja dan/atau pihak bersekutunya melakukan rasuah untuk pihak organisasi tersebut. Bagaimanapun, organisasi korporat boleh membela diri jika dapat menunjukkan bahawa mereka mempunyai ‘Tatacara Mencukupi’ dalam operasi organisasi mereka.

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan SPRM menyediakan khidmat juruperunding bagi memberikan penerangan dan bimbingan dalam bentuk ceramah dan taklimat berkaitan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan juga Garis Panduan Tatacara Mencukupi kepada mana-mana organisasi sektor komersil dan kerajaan yang berminat.

Untuk pertanyaan lanjut, pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

 

Bil  Nama  No Telefon  Emel (@sprm.gov.my)
 1. PKPj Mohamad Khairol Mohamad 03-8891 1327 khairol

Untuk lihat senarai aktiviti, sila klik disini

Hit : 9152