Pengenalan Pencegahan

Sektor Pencegahan terdiri dari dua (2) bahagian utama iaitu Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan dan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi.

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan

Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan berperanan untuk memberi nasihat kepada ketua badan awam dalam mengenalpasti punca kepada berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja. Ini disusuli dengan memberi khidmat nasihat kepada organisasi berkenaan termasuklah membuat syor penambahbaikan supaya pindaan sewajarnya dibuat ke atas amalan, sistem dan tatacara berkenaaan supaya perlakuan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dapat dikekang. Peranan ini adalah sepertimana yang termaktub dalam fungsi pegawai Suruhanjaya pada Seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bahagian ini juga memantau pelaksanaan beberapa produk-produk anti-rasuah seperti Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM), Ikrar Integriti Korporat (CIP), Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) MS ISO 370001:2016, Pelaksanaan Garis Panduan Tatacara Mencukupi, Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP), Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP), Taklimat-Taklimat Liabiliti Korporat (Seksyen 17A), Pusat Informasi Hadiah dan Portal Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Kesemua inisiatif ini menjadi pencetus dalam usaha-usaha pencegahan rasuah di sektor swasta, badan korporat dan agensi kerajaan. Penglibatan semua pihak kekal penting dan terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil oleh organisasi, termasuklah kajian untuk mengenalpasti risiko rasuah, prosedur pelaksanaan untuk menetapkan dan menambahbaik amalan-amalan anti-rasuah serta sistem pemantauan untuk memastikan penambahbaikan secara berterusan.

Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA)

BPIA ditubuhkan untuk mengawal selia, memantau dan menyelaras fungsi teras Unit Integriti di agensi awam, Unit Integriti dan Governans di Syarikat berkaitan Kerajaan sepertimana yang digariskan dalam pekeliling dan arahan yang berkaitan.

Objektif BPIA adalah untuk memastikan fungsi teras Unit Integriti di agensi awam sebagaimana yang digariskan di dalam pekeliling dilaksanakan dengan berkesan.

BPIA berfungsi untuk:

  • Menggubal dasar inisiatif penginstitusian integriti yang efektif di Unit Integriti dan Unit Integriti dan Gavernans.
  • Menyelaras dan memantau fungsi teras Unit Integriti dan Unit Integriti Dan Gavernans.
  • Menyelidik dan merancang pembangunan penginstitusian integriti di Unit Integriti dan Unit Integriti Dan Gavernans.

BPIA diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Timbalan Pesuruhjaya (Gred Jusa C). Bagi membolehkan Bahagian ini melaksanakan peranannya dengan cekap dan berkesan, sebanyak tiga (3) cawangan ditubuhkan iaitu seperti berikut:

  1. Cawangan Perundingan Integriti
    1. Unit Awam
    2. Unit Syarikat Berkaitan Kerajaan
  2. Cawangan Pembangunan Integriti
    1. Unit Dasar
    2. Unit Kajian
  3. Cawangan Penyelarasan dan Penempatan
    1. Unit Awam
    2. Unit Syarikat Berkaitan Kerajaan
    3. Unit Badan Berkanun
  4. Cawangan Pengurusan
    1. Unit Keurusetiaan
    2. Unit Pentadbiran

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA)

Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam (BUTSA) bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 melalui Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) di Kementerian dan Kerajaan Negeri. Jawatankuasa ini bertujuan mendukung usaha memperkukuhkan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan seterusnya memastikan pengurusan pentadbiran kerajaan bebas daripada perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Objektif BUTSA adalah memantapkan keutuhan sistem pengurusan pentadbiran Kerajaan bagi mencegah rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan kelemahan pentadbiran.

Hit : 5058