Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) juga diwujudkan secara pentadbiran dan dianggotai oleh individu yang dilantik oleh Perdana Menteri mewakili pelbagai kumpulan masyarakat seperti ahli akademik, dewan perniagaan, pakar media, aktivis sosial dan pertubuhan yang diyakini dapat membantu SPRM dalam mencapai matlamat mewujudkan masyarakat yang membenci rasuah di pelbagai sektor.

Terma Rujukan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

  1. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pemeriksaan dan perundingan terhadap amalan, sistem dan tatacara kerja di sektor awam dan swasta yang membuka ruang dan peluang perlakuan jenayah rasuah;
  2. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan masyarakat ke arah meningkatkan kesedaran tentang jenayah rasuah dan sokongan terhadap usaha pencegahan rasuah;
  3. Menasihati Suruhanjaya, bagi meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan rasuah melalui mekanisme pengukuhan integriti dalam sektor awam dan sektor swasta;
  4. Menasihati Suruhanjaya tentang amalan-amalan baik (best practices) dalam bidang-bidang yang berkaitan dalam pelaksanaan aktiviti perundingan dan pencegahan rasuah;
  5. Membantu Suruhanjaya sebagai key communicator dalam meraih sokongan masyarakat, pihak media dan sektor-sektor yang dikenal pasti terhadap usaha-usaha pencegahan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya; dan
  6. Mengemukakan ulasannya tentang penjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsi perundingan dan pencegahan rasuah di bawah Akta SPRM 2009 kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah.

 

Keanggotaan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah


Keanggotaan PPPR bagi sesi 1 Julai 2022 – 30 Jun 2024 adalah seperti berikut:

  1. YBhg. Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi)
  2. YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din - (Lantikan 1 April 2022)
  3. YBhg. Prof. Emirita Datuk Dr Asma Ismail
  4. YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin
  5. YBhg. Datin Yasmin Tan Sri Ahmad Merican
  6. YBrs. Prof . Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod
  7. YBrs. Haji Ali Hassan Mohd Hassan

Sekretariat Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah

Aras 12, Blok B, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan, Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: sekretariat.pppr@sprm.gov.my
Tel: +603-8891 1414 / KPKPj Azmin bin Yusoff
Hit : 7103