Jawatankuasa Aduan

Jawatankuasa Aduan

Jawatankuasa ini dibentuk secara perundangan mengikut seksyen 15 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan pelantikan mereka dibuat oleh Menteri.

Terma Rujukan Jawatankuasa Aduan
  1. Meneliti aduan dan tindakan atau hasil siasatan terhadap aduan serta memberi pandangan mengenai keputusan siasatan;
  2. Meneliti jenis kesalahan yang dilakukan oleh Pegawai SPRM dan mencadangkan langkah-langkah meningkatkan kecekapan dan kebolehan pegawai melaksanakan tugas (melalui latihan dan sebagainya);
  3. Menerima dan mengambil maklum keputusan tatatertib serta mencadangkan langkah-langkah pencegahan; dan
  4. Membuat semakan terhadap tatacara kerja dan memperakukan penambahbaikan meliputi prosedur kerja dan keperluan logistik.
Keanggotaan Jawatankuasa Aduan bagi sesi 2021-2024 adalah seperti berikut:
  1. YBhg. Dato' (Dr) Asariah binti Mior Shaharuddin (Pengerusi)
  2. YBhg. Dato' Dr. Tam Weng Wah
  3. YBhg. Dato' Mohtar bin Mohd Abd Rahman
  4. YBhg. Prof. Dato' Noor Aziah binti Hj. Mohd Awal
  5. YBhg. Datuk Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin
Sekretariat Jawatankuasa Aduan

Aras 13, Blok A, Ibu Pejabat SPRM,
No. 2, Lebuh Wawasan,
Presint 7,
62250 Putrajaya.
E-mel: sekretariat.ja@sprm.gov.my
Tel: +603-8891 1784 / Ps Norsimah binti Abdul Ghani

Hit : 7986